PEMASARAN

Perak merupakan negeri operasi kami dan daerah Manjung adalah pusat utama operasi. Namun begitu, kami juga telah mengembangkan sayap kami ke daerah Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Batang Padang.

Perkembangan ini adalah bertujuan:-

  • Komputer kini merupakan satu keperluan bagi setiap pengurusan pejabat dan individu dan kebanyakan peralatan tersebut telah mengalami proses ketinggalan dari segi keupayaan semasa (outdated). Sehubungan dengan itu, kami dapat memenuhi permintaan dalam membekalkan peralatan yang terkini dan bersesuaian dengan perkembangan semasa seperti Pentium II Xeon, Pentium II, Celeron, AMD K6-2 3DNow! dan Cyrix MII.
  • Golongan Bumiputera (Melayu), kebanyakannya agak ketinggalan dan kurang pendedahan mengenai komputer. Oleh yang demikian, kami mampu memberikan penerangan serta tunjuk ajar dari segi penggunaan mengenai perisian (software) dan perkakasan (hardware) yang bersesuaian dengan permintaan semasa terhadap barangan yang dibeli dari pihak kami.
  • Lokasi di atas memudahkan pihak kami membuat penghantaran serta pemeriksaan (servis).
  < Back to Mainpage
 

© Webmaster - Afys System 1998